FAQ Perkhidmatan
AQIQAH
QURBAN
NAZAR
SEDEKAH
DAM

Persoalan Aqiqah
Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti kambing yang disembelih pada hari ke-7, 14 atau 21 kelahiran anak sebagai Tanda Kesyukuran kepada Allah.
Menurut pendapat Imam Shafie (r.h), Aqiqah boleh dilaksanakan buat anak bila-bila masa sebelum anak itu baligh.
Hukum Aqiqah adalah sunat muakkad (sangat digalakkan).
Pendapat yang rajih dalam mazhab al-Syafie bahawa hukum sunatnya kekal sehingga anak itu baligh.
Info: muftiwp.gov.my
Anak lelaki 2 ekor kambing manakala bagi anak perempuan pula adalah 1 ekor kambing.
Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
Riwayat Abu Daud (2842)
Berdasarkan hadith di atas, ia adalah tertib yang terbaik bagi seseorang jika ingin melakukan ibadah aqiqah buat anaknya.
Sekiranya ibu bapa hanya mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa, mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.
Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya.
Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu.
Info: muftiwp.gov.my
